KEDAMAIAN KEMANUSIAN BERHAD (KKB)

TRAGEDI TERBURUK LUBNAN

300,000 penduduk Lubnan terjejas teruk akibat dari tragedi letupan di sana yg turut meragut 178 nyawa dan mencederakan ribuan penduduk. Selain itu, menurut sumber terkini, jumlah bangunan yang musnah di sekitar Beirut adalah kira-kira lebih 40,000 termasuk 15,000 daripadanya merupakan premis perniagaan.

LET'S SHARE OUR BLESSINGS WITH THEM

Kempen ini turut mendapat perhatian Ratu Rock Negara Ella dan suami, Kapten Azhar. Mereka menyeru untuk kita sama sama berkongsi rezeki tidak banyak sedikit dengan mereka di Lubnan.

Kedamaian Kemanusiaan Berhad dengan kerjasama Ghirass for Society Development (Badan NGO di Lubnan) dengan ini melancarkan tabung Relief4Lebanon bagi membantu mangsa letupan untuk bangkit semula. Sumbangan anda akan digunakan untuk:

Membaikpulih Rumah, Sekolah dan Masjid

Agihan Makanan

Mambayar rumah sewa perlarian Syria dan Palestin

Menampung kos perubatan

Insiden ini menjadikan Lubnan sangat tenat kerana mereka sedang berhadapan dengan kejatuhan ekonomi dan ditambah dengan pandemik COVID-19 yang semakin parah. Selain rakyat tempatan Lubnan, perlarian Syria dan Palestin menghadapi situasi yang amat sukar untuk mendapatkan bantuan makanan harian dan keperluan perubatan.

Bayangkan kita diuji seperti mana mereka diuji sekarang? Mampukah kita? Amat berat dugaan yang mereka hadapi.

Ujian untuk kita jua samada untuk membantu ataupun tidak.

JOM SEDEKAH SERENDAH RM50